Saya amat teruja membaca artikal yang saya perolehi dari
http://www.slideshare.net/nautica08/kedayan#postComment bertajuk
Latarbelakang Sejarah Kaum Kedayan di Sabah yang saya sendiri tidak pasti penulis asal artikal berkenaan (Izyan Bakar???). Saya juga amat sukacita sekiranya penulis asal artikal ini dapat menghubungi saya secara peribadi (email) atau melalui ruang komen tersedia kerana saya mempunyai banyak artikal-artikal / dokumen-dokumen dari sahabat-sahabat sebangsa di Negara Brunei D.S. berkaitan sejarah Kedayan. Artikal / dokumen berkenaan tidak dapat saya "proses" disebabkan saya tidak mempunyai kepakaran dibidang berkenaan. Saya boleh dihubungi melalui email askasah@gmail.com.
Pada hemat saya inilah satu-satunya artikal yang berasaskan kajian ilmiah berkaitan sukukaum Kedayan di Sabah yang pernah saya ketahui. Mungkin ada lagi tulisan / karya / tesis yang seumpamanya yang masih belum diketengahkan untuk bacaan / tatapan umum, namun demikian sehingga perkara itu berlaku saya secara peribadi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penulis artikal ini yang telah berjaya menghasilkan sebuah kajian yang terperinci berkaitan sejarah kaum Kedayan di Sabah.
Saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada
izyan bakar yang bermurah hati menyediakan html code bagi kemudahan embed artikal berkenaan.
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai artikal ini, saya terlebih dahulu ingin memberi peluang kepada pembaca / pelawat setia blog ini meneliti semua fakta yang terdapat di dalam artikal berkenaan sepertimana yang dipaparkan dibawah ini. Sila hantar komen-komen anda (jika ada)untuk tatapan bersama. -
Blog AdministratorMAKLUMAN - [This document has been removed and is no longer available.] Demikian bunyi mesej apabila anda klik URL di atas. Begitupun, saya akan usahakan agar dokumen tersebut dapat kembali ke blog ini dalam kadar yang segera. Harap maaf. -
Blog Administrator