You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/
KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT
Paadian Sabran Mamit semasa di Kuala Lumpur
Paadian Sabran Mamit (kiri) dan Abdul Samat Kasah semasa perjumpaan di Kuala Lumpur pada Sabtu, November 21, 2009
Pengasas Komuniti Kedayan Malaysia (KKM) telah sebulat suara bersetuju untuk menukar nama KKM ke Komuniti Kedayan Sejagat (KKS). Langkah ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan semangat “PAADIAN” dikalangan bangsa Kedayan yang majoritinya bermastautin sebagai penduduk asal kepulauan Borneo.
Kepulauan Borneo yang terdiri dari tiga buah negara berbeza tetapi rata-rata mempunyai bangsa dan budaya yang sama. Salah satu bangsa yang terdapat diketiga-tiga negara tersebut ialah bangsa Kedayan. Bangsa Kedayan terdapat di Malaysia (Sabah & Sarawak), Negara Brunei Darusalam dan Indonesia (Kalimantan). Oleh yang demikian pertukaran nama dari Komuniti Kedayan Malaysia ke Komuniti Kedayan Sejagat lebih menepati hasrat dan aspirsi komuniti siber Kedayan untuk berinteraksi dan berkomunikasi melampaui batas kewarganegaraan dan kenegaraan tetapi atas dasar semangat “PAADIAN”. Semangat “PAADIAN” yang kental dan tidak pernah terganggu gugat berkurun lamanya dikalangan bangsa Kedayan dan sewajarnya dipelihara dan dipupuk demi generasi mendatang.
Inisiatif ini merupakan julung-kalinya diketengahkan dalam bentuk dan format yang menepati perkembangan teknologi internet yang tidak syak lagi menjadi paksi dalam mencapai objektif pengwujudan Komuniti Kedayan Sejagat. Teknologi internet amat berkuasa dan mampu untuk mencipta jaringan bangsa Kedayan yang sebelum ini tidak terlintas difikiran kita. Sesiapa juga yang menyertai jaringan KKS akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari khususnya dari aspek bahasa. Selama ini kita mengambil pendirian mudah bahawa bangsa Kedayan mempunyai bahasa yang sama walaupun dimana mereka berada. Namun setelah menyertai jaringan KKS, persepsi tersebut agak meleset kerana terdapat perbezaan ungkapan kata-kata yang ketara diantara Kedayan Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam. Lebih menakjubkan terdapat beberapa nama benda yang begitu mudah dan senang difahami oleh Kedayan dari Sipitang tetapi tidak diketahui oleh Kedayan dari Limbang! Demikian juga halnya dengan beberapa ungkapan kata-kata yang selama ini digunakan oleh masyarakat Kedayan di Sarawak dan ungkapan kata-kata tersebut telah diterima pakai sebagai bahasa Kedayan walhal sebenarnya ialah perkataan dari Bahasa Brunei. Namun begitu setelah dijelaskan kepada mereka bahawa ungkapan kata-kata tersebut adalah Bahasa Brunei, mereka menerima dengan hati terbuka dan saya melihat penggunaan ungkapan kata-kata Kedayan asli telah mula digunakan secara meluas di dalam jaringan KKS.
Apabila anda berada di jaringan KKS, anda seolah-olah berhadapan dengan “paadian-paadian” dari tempat yang berbeza dan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dapat berbual mesra diantara satu dengan lain. Inilah semangat “PAADIAN” bangsa Kedayan dan apabila ianya disokong oleh teknologi internet, terciptalah satu penyatuan yang kukuh melampaui batas negara dan kewarganegaraan!
Topik-topik yang dibincangkan didalam jaringan KKS adalah bebas dan tidak terbatas kepada perkara-perkara berkaitan bahasa dan budaya sahaja, asalkan ianya dibincang dengan cara yang berhemah dan tidak menyentuh sensitiviti kaum atau bangsa lain. Saya sendiri memerhatikan secara dekat dan berinteraksi dengan peserta jaringan KKS dan saya dapati tahap intelek dan kematangan mereka adalah amat tinggi. Rata-rata meraka berumur dibawah 30an dan berpendidikan tinggi. Malah terdapat beberapa peserta yang telah memiliki Ijazah Sarjana (Masters degree) dan terdapat juga yang sedang dan bakal mengikuti program Doktor Falsafah di IPTA tersohor negara kita. Inilah rupabentuk dan lanskap bangsa Kedayan yang bakal menerajui dan menghidup kembali warisan bangsa Kedayan.
Pengasas jaringan KKS amat mengharapkan penyertaan aktif bangsa Kedayan dari Kalimantan dan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu pihak kami di KKS menyeru kepada pelajar-pelajar Kedayan dan komuniti professional Kedayan dalam dan luar negara untuk menyertai jaringan ini atas nama Bangsa Kedayan dan semangat “PAADIAN” yang amat kita cintai ini.
SELAMAT MENYERTAI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT.
TRADISI LISAN (PANGLIMA HJ LAUT)
4 years ago