Saturday, November 28, 2009

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA (KKM) KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT (KKS)

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT








Paadian Sabran Mamit semasa di Kuala Lumpur














Paadian Sabran Mamit (kiri) dan Abdul Samat Kasah semasa perjumpaan di Kuala Lumpur pada Sabtu, November 21, 2009








Pengasas Komuniti Kedayan Malaysia (KKM) telah sebulat suara bersetuju untuk menukar nama KKM ke Komuniti Kedayan Sejagat (KKS). Langkah ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan semangat “PAADIAN” dikalangan bangsa Kedayan yang majoritinya bermastautin sebagai penduduk asal kepulauan Borneo.

Kepulauan Borneo yang terdiri dari tiga buah negara berbeza tetapi rata-rata mempunyai bangsa dan budaya yang sama. Salah satu bangsa yang terdapat diketiga-tiga negara tersebut ialah bangsa Kedayan. Bangsa Kedayan terdapat di Malaysia (Sabah & Sarawak), Negara Brunei Darusalam dan Indonesia (Kalimantan). Oleh yang demikian pertukaran nama dari Komuniti Kedayan Malaysia ke Komuniti Kedayan Sejagat lebih menepati hasrat dan aspirsi komuniti siber Kedayan untuk berinteraksi dan berkomunikasi melampaui batas kewarganegaraan dan kenegaraan tetapi atas dasar semangat “PAADIAN”. Semangat “PAADIAN” yang kental dan tidak pernah terganggu gugat berkurun lamanya dikalangan bangsa Kedayan dan sewajarnya dipelihara dan dipupuk demi generasi mendatang.

Inisiatif ini merupakan julung-kalinya diketengahkan dalam bentuk dan format yang menepati perkembangan teknologi internet yang tidak syak lagi menjadi paksi dalam mencapai objektif pengwujudan Komuniti Kedayan Sejagat. Teknologi internet amat berkuasa dan mampu untuk mencipta jaringan bangsa Kedayan yang sebelum ini tidak terlintas difikiran kita. Sesiapa juga yang menyertai jaringan KKS akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari khususnya dari aspek bahasa. Selama ini kita mengambil pendirian mudah bahawa bangsa Kedayan mempunyai bahasa yang sama walaupun dimana mereka berada. Namun setelah menyertai jaringan KKS, persepsi tersebut agak meleset kerana terdapat perbezaan ungkapan kata-kata yang ketara diantara Kedayan Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam. Lebih menakjubkan terdapat beberapa nama benda yang begitu mudah dan senang difahami oleh Kedayan dari Sipitang tetapi tidak diketahui oleh Kedayan dari Limbang! Demikian juga halnya dengan beberapa ungkapan kata-kata yang selama ini digunakan oleh masyarakat Kedayan di Sarawak dan ungkapan kata-kata tersebut telah diterima pakai sebagai bahasa Kedayan walhal sebenarnya ialah perkataan dari Bahasa Brunei. Namun begitu setelah dijelaskan kepada mereka bahawa ungkapan kata-kata tersebut adalah Bahasa Brunei, mereka menerima dengan hati terbuka dan saya melihat penggunaan ungkapan kata-kata Kedayan asli telah mula digunakan secara meluas di dalam jaringan KKS.

Apabila anda berada di jaringan KKS, anda seolah-olah berhadapan dengan “paadian-paadian” dari tempat yang berbeza dan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dapat berbual mesra diantara satu dengan lain. Inilah semangat “PAADIAN” bangsa Kedayan dan apabila ianya disokong oleh teknologi internet, terciptalah satu penyatuan yang kukuh melampaui batas negara dan kewarganegaraan!

Topik-topik yang dibincangkan didalam jaringan KKS adalah bebas dan tidak terbatas kepada perkara-perkara berkaitan bahasa dan budaya sahaja, asalkan ianya dibincang dengan cara yang berhemah dan tidak menyentuh sensitiviti kaum atau bangsa lain. Saya sendiri memerhatikan secara dekat dan berinteraksi dengan peserta jaringan KKS dan saya dapati tahap intelek dan kematangan mereka adalah amat tinggi. Rata-rata meraka berumur dibawah 30an dan berpendidikan tinggi. Malah terdapat beberapa peserta yang telah memiliki Ijazah Sarjana (Masters degree) dan terdapat juga yang sedang dan bakal mengikuti program Doktor Falsafah di IPTA tersohor negara kita. Inilah rupabentuk dan lanskap bangsa Kedayan yang bakal menerajui dan menghidup kembali warisan bangsa Kedayan.

Pengasas jaringan KKS amat mengharapkan penyertaan aktif bangsa Kedayan dari Kalimantan dan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu pihak kami di KKS menyeru kepada pelajar-pelajar Kedayan dan komuniti professional Kedayan dalam dan luar negara untuk menyertai jaringan ini atas nama Bangsa Kedayan dan semangat “PAADIAN” yang amat kita cintai ini.

SELAMAT MENYERTAI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT.

Friday, November 13, 2009

STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/


Kepada anda yang berminat dengan sukan ekstrem (adrenaline rush) seperti water rafting, climbing, scuba diving, paintball dan sebagainya, sila lawat STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational di Facebook. Taip Stryder dalam "search" di Facebook dan klik STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational. Syarikat ini menawarkan pakej-pakej istimewa untuk yang berminat.

Aktiviti akan datang ialah Stryder Buddyz - Paintball Scenario @ Paintball Valley. Butir butir lanjut adalah seperti berikut: -

Host: STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational
Network: Global
Date: Saturday, December 5, 2009
Time: 11:00am - 2:00pm
Location: Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia
Street: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8
City/Town: Shah Alam, Malaysia

Butiran lanjut boleh di dapati di Facebook STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational.







Pengasas STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational Muhammad Afzali bin Abd Samat (kiri) dan Syed Zahidi Al-Edros









Company Information

Taking into account the features of a strider, we at Stryder Enterprise offers and welcome anyone who requires a quick adrenalin rush through adventure sports and recreational. To stride above water, under water or some where in between.

Established as soon as we signed up with SSM on 26 November 2008, we have adamantly been proposing out to our friends, families and every other means of communication, to join us in our journey to healthy living and living life to the fullest.

We seek to understand and respect our client's ( Whom We Call Buddies ) unique abilities and the search for uniqueness or simply just to be one with nature.

Our Company has been meticulously built with adrenaline junkies who have got nothing better to do but to have FUN, responsibly! We are serious when it comes to having fun.

Website: Please click here.

Tuesday, November 10, 2009

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA DI FACEBOOK

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/









'Snap shot' muka hadapan Komuniti Kedayan Malaysia








Generasi muda Kedayan yang terdiri dari Sabran Mamit (creator), Julie Zuliana
(Perhubungan Lahad Datu), Salim Mamit (Perhubungan Subang, Selangor), Rosdi Kamis
(Perhubungan Kota Kinabalu), Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)
Aslina Juti (Perhubungan Terengganu), Maimon Semion (Perhubungan Seremban)telah merintis sistem interaksi social melalui Facebook yang bertajuk KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA (KKM). Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengwujudkan KKM dan saya dapati amat popular dikalangan komuniti Kedayan di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam.





Sabran Mamit (creator)











Julie Zuliana (Perhubungan Lahad Datu)
















Salim Mamit ( Perhubungan Subang, Selangor)











Rosdi Kamis (Perhubungan Kota Kinabalu)










Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)















Aslina Juti (Perhubungan Terengganu)












Maimon Semion (Perhubungan Seremban)






Kepada anak Kedayan, keturunan Kedayan dan sesiapa saja yang berminat untuk menyertai komuniti ini sila daftarkan diri sekarang. Bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Kedayan. Hidup Kedayan!

Untuk akses anda perlu ada akaun Facebook dan taip Kedayan didalam ruang "search" atau klik disini.

Sunday, November 8, 2009

BAHASA KEDAYAN AKAN PUPUS DALAM TAHUN 2100?

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

BAHASA KEDAYAN AKAN PUPUS DALAM TAHUN 2100?

BAHAGIAN 1

Benarkah Bahasa Kedayan akan pupus dalam tahun 2100? Berdasarkan kepada anggaran yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa diantara 3,400 hingga 6.120 bahasa akan pupus diambang tahun 2100, satu statistik yang lebih suram dari anggaran biasa ia itu lebih kurang satu “kematian” bahasa dalam tempoh dua minggu.

Kenyataan tersebut amat menggerunkan dimana berdasarkan kepada ciri-ciri Bahasa Kedayan pada masa kini, berkemungkinan besar bahasa tersebut akan tergolong didalam kelompok yang disebutkan diatas. Bagi sesetengah orang Kedayan, soal kepupusan bahasa ibunda bangsa Kedayan tidak perlu dirisaukan kerana tahun 2100 lama lagi dan sudah tentu kita yang hidup dialaf ini pastinya tidak akan menyaksikan kepupusan bahasa ibunda tercinta ini. Jangan tia diingau akan tu wang, batah lagi tahun 2100 atu. Oang patuhaan macam kita anie tantu inda sampai hidup sampai tahun 2100. Palis-palis kauja dangan.

Namun begitu saya yakin para aktivis bahasa dan bangsa Kedayan sama ada di Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam tentunya berasa gusar apabila bahasa ibunda yang dipertuturkan setiap hari di kampong-kampong Kedayan, di pasar-pasar Kedayan dan di kedai kopi Kedayan akan pupus dalam tempoh masa 90 tahun dari sekarang.

Saya cuba dengan sedaya upaya saya untuk merungkai permasalahan ini didalam artikal bertajuk BAHASA KEDAYAN AKAN PUPUS DALAM TAHUN 2100? yang akan saya bahagikan kepada tiga bahagian kesemuanya. Harapan saya ialah akan wujud kesedaran dikalangan anak bangsa Kedayan untuk membentuk strategi-strategi tertentu demi bahasa ibunda tercinta ini agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

Sebagai mukadimah, saya perturunkan sebuah artikal yang saya rasa berwibawa dipetik dari laman web Global Policy Forum bertajuk “Many World Languages on Brink of Extinction, U.N. Says.“ Artikal ini ditulis oleh Darlene Superville, Associated Press bertarikh Jun 19, 2001.

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya alihbahasa yang saya buat sendiri tidak menepati teks asal artikal berkenaan. Sekiranya terdapat alihbahasa yang kurang jelas, sila rujuk kepada teks asal yang urlnya saya sediakan. Selamat membaca.

“Many World Languages on Brink of Extinction, U.N. Says.“

Oleh Darlene Superville
Associated Press
June 19 , 2001
Alihbahasa : A.S. Kasah


Berumur 83 tahun, Marie Smith mempunyai ramai kawan. Malangnya semua sudah tiada lagi untuk dia berbual bicara didalam bahasa ibundanya. Dia adalah insan terakhir yang boleh bertutur Eyak, satu bahasa asli di Alaska dan dijangka akan pupus setelah Smith meninggal dunia.

“Bersendirian adalah amat menggerunkan,” dia memberitahu The Associated Press hari Isnin. “Saya mempunyai ramai kawan. Saya mempunyai ramai anak namun saya tidak mempunyai sesiapa untuk bertutur didalam bahasa Eyak”.

Eyak bukanlah satu-satunya bahasa yang mempunyai masa depan yang suram. Dikalangan 6,800 bahasa pertuturan dunia, separuh hingga 90% akan mengalami kepupusan pada akhir kurun ini, demikian ramalan pakar-pakar bahasa. Mengikut Worldwatch Institute, sebuah organisasi yang memantau trend global, salah satu sebab ialah separuh dari bahasa-bahasa tersebut hanya dikuasai atau dipertuturkan oleh kurang dari 2,500 orang setiap satu.

Bahasa memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 penutur untuk dapat bertahan dialaf ini, ujar UNESCO, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Peperangan dan penghapusan bangsa / ethik (genocide) atau pembunuhan kaum, bencana alam, penerimaan bahasa-bahasa dominan seperti Bahasa Cina dan Russia, dan pengharaman / larangan pihak pemerintah terhadap sesuatu bahasa juga menyumbang keatas kepupusan bahasa-bahasa tersebut. “Didalam hal ini ia hampir sama dengan ancaman yang melanda spesies,” ujar Payal Sampat, seorang penyelidik Worldwatch yang menulis tentang isu ini didalam majalah institut berkenaan bagi bulan May – Jun.

Udihe dan Arikapu, yang masing-masing ditutur di Siberia dan hutan belantara Amazon, adalah diantara bahasa-bahasa yang tergolong didalam bahaya. Dari lebih kurang 100 orang penutur Udihe dan Arikapu, kini telah berkurangan kepada enam penutur terakhir, ujar Worldwatch. Pakar-pakar bahasa juga telah mengesahkan bahawa Smith adalah penutur Eyak terakhir yang diketahui.

Adalah sesuatu yang amat menyusahkan untuk mendapatkan orang yang boleh mengucapkan “terima kasih” didalam bahasa Navajo dari kalangan suku-kaum American Indian (ahehee), “hello” didalam bahasa Maori (kia ora), atau “Me na vyn cows Sawsnak!” (I will not speak English!) didalam bahasa Cornish.

Riak dari kehilangan (sesuatu bahasa) tersebut memberi kesan merentasi batas komuniti yang terlibat. Apabila sesuatu bahasa pupus, pakar bahasa, ahli antropologi dan yang lain akan kehilangan sumber bahan yang kaya untuk bahan kajian mereka mendokumenkan sejarah bangsa, mengkaji apa yang mereka ketahui dan menjejaki pergerakan mereka. Secara umumnya dunia akan mengalami kekurangan kepelbagaian bahasa.

Pada bulan Januari, gempa bumi di barat India telah mengorbankan lebih kurang 30,000 penutur Kutchi, dan sekarang hanya tinggal 770,000. Manx, dari Isle of Man di Lautan Irish, telah lenyap pada tahun 1974 apabila penutur terakhirnya meninggal dunia. Dalam tahun 1992, meninggalnya seorang peladang Turkey adalah noktah bagi Ubykh, bahasa dari kawasan Caucasus yang memiliki konsonan terbanyak pernah direkodkan didalam sesuatu bahasa berjumlah 81 kesemuanya. Terdapat 8 buah negara yang menyumbang lebih dari separuh dari semua bahasa. Negara-negara berkenaan, mengikut susunan ialah Papua New Guinea, Indonesia, Nigeria, India, Mexico, Cameroon, Australia dan Barzil.

Kepupusan bahasa-bahasa tersebut bukannya perkara baharu; ribuan bahasa dikhuatiri telah pupus. “Perkara yang ketara ialah pada masa ini ianya berlaku dengan kadar yang amat membimbangkan,” ujar Megan Crowhurst, pengerusi ahli jawatkuasa Linguistic Society of America bagi bahasa-bahasa diambang kepupusan. Pakar-pakar bahasa percaya diantara 3,400 hingga 6.120 bahasa akan pupus diambang tahun 2100, satu statistic yang lebih suram dari anggaran biasa ia itu lebih kurang satu “kematian” bahasa dalam temph dua minggu.

Tetapi terdapat beberapa bahasa yang hidup semula dari kepupusan. Pada tahun 1983, penduduk Hawaii telah mengwujudkan ‘Aha Punana Leo bertujuan untuk memperkenalkan semula bahasa ibunda mereka di negeri tersebut, termasuk sekolah-sekolah umum. Bahasa Hawaii hampir-hampir pupus setelah Amerika Syarikat mengharamkan sekolah-sekolah mengajar bahasa berkenaan kepada pelajar-pekajar mereka setelah merampas negeri tersebut pada tahun 1898. ‘Aha Punana Leo, yang bermakna “sarang bahasa (language nest)” telah diperkenalkan semula di peringkat pra-sekolah dalam tahun 1984, diikuti dengan sekolah menengah yang berhasil melahirkan graduan-graduan perintis dalam Bahasa Hawaii dalam tahun 1999. Sekarang terdapat diantara 7,000 hingga 10,000 orang Hawaii boleh bertutur bahasa ibunda mereka berbanding dengan kurang dari 1,000 orang dalam tahun 1983, ujar Luahiwa Namahoe, jurucakap organisasi tersebut.

“Kami hanya mahu Bahasa Hawaii dikembalikan ditempat asalnya,” jelas Namahoe. “Kalau anda tidak boleh bertutur disini, dimana lagi?”

Ditempat-tempat lain, usaha sedang giat dilaksanakan untuk menghidupkan Cornish, bahasa penduduk Cornwall, England, yang dipercayai telah pupus disekitar tahun 1777, demikian juga halnya dengan bahasa-bahasa Mayan purba di Mexico.

Dalam tempoh satu abad kebelakangan ini, Hebrew berkembang dari bahasa tulisan ke bahasa lisan yang dituturkan oleh 5 juta orang penduduk Isreal. Inisiatif-inisiatif lain untuk menghidupkan Welsh, Navajo, Maori New Zealand dan bahasa-bahasa lain yang berasal dari Botswana.

Pemerintah boleh membantu dengan menghapuskan larangan terhadap sesuatu bahasa, dan kanak-kanak wajar diberi galakan untuk bertutur bahasa-bahasa lain sebagai tambahan kepada bahasa ibunda mereka, ujar Sampat dari Worldwatch, yang juga fasih berbahasa Perancis dan Sepanyol dan dibesarkan bertutur dalam bahasa-bahasa India seperti Hindi, Marathi, Gujarati dan Kutchi.

Bersambung.....

Sumber : Sila klik disini.