Festival GATA, Sipitang 2009 yang telah berlangsung dengan jayanya mulai 31 Julai, 2009 hingga 2 Ogos, 2009 di pekan Sipitang telah memberi banyak maklumat terkini berkaitan pembangunan daerah kelahiran saya yang sekian lama saya tinggalkan. Ini merupakan Festival GATA pertama yang saya kunjungi sejak ianya dianjurkan mulai tahun 2003. Festival GATA dianjurkan setiap dua tahun sekali dan festival seterusnya akan diadakan pada tahun 2011.
Mengimbau kembali dizaman persekolahan saya dalam tahun 50an dan awal 70an, pada masa itu festival sedemikian hanya dikenali sebagai Tamu Besar. Masa berlalu begitu cepat, Festival GATA yang mengambilalih Tamu Besar dengan format dan penampilan yang moden dan segar amat menarik sekali. Saya difahamkan tidak kurang dari 30,000 pengunjung telah membanjiri GATA 2009 yang terdiri dari penduduk setempat, Sarawak, Negara Brunei D.S.dan Kalimantan.
Susuncara GATA 2009 telah disusun sedemikian rupa menepati tema GATA 2009 iaitu "Melestari Warisan Budaya". Pertandingan dan persembahan sukan rakyat iaitu permainan Gasing dan Tarik Tali (Tarik Kalat), persembahan Gambus & seni silat serta makanan tradisi suku-kaum Daerah Sipitang adalah acara-acara utama yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung-pengunjung ke festival ini.
"Tag line" GATA 2009 ialah "Daie Sipitang Kuan Biskita" (Dari Sipitang Untuk Anda) merupakan kombinasi tiga dialek utama Daerah Sipitang iaitu Kedayan, Lundayeh / Murut dan Brunei.
Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada Jawatkuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana yang telah dapat menjayakan Festival GATA, Sipitang 2009 dengan jayanya. Tahniah!
Saya juga berpeluang mengambil gambar kenang-kenangan di Festival GATA 2009, Sipitang untuk tatapan pengunjung blog ini.
Sila klik imej-imej berikut untuk gambar yang lebih besar.
Sila klik disini untuk artikal berkaitan.
TAHUN 2019
5 years ago
No comments:
Post a Comment