Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 128 yang bermaksud, Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 2:128
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Apabila seorang anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka akan terputuslah pahala segala amalannya melainkan pahala tiga amalan salih, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakan orang tuanya. (Hadis riwayat Muslim)
Gambar ini diambil diluar cermin tingkap bilik bayi. Pantulan cahaya menyebabkan warna tidak sekata dibahagian kepala bayi.
Tag bayi
Dua orang "atuk" yang amat teruja.
YBhg Dato Dr Siti Zaliha, Obstetrician in attendance
"Tuha tahku asanya sudah bacucu anie. Andangnya sudah tuha bah jua uja dangan, nganya batah bahawu tah bacucu. Tapi jaan jua, hati kakal muda jamu"
ANUGERAH ILAHI TERISTIMEWA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
Pagi ini 29 Ogos, 2009 bersamaan 8 Ramadan 1430H jam 03:48 HRS di Subang Jaya Medical Centre lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.06 kg yang masih belum dinamakan semasa blog ini dikemaskini. Kepada anda yang sudah berpengalaman menerima cucu pertama, saya faham perasaan masing-masing pada saat itu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Inilah yang terjadi kepada saya dan isteri serta kedua-dua bisan kami yang masing-masing menanti kelahiran cucu pertama kami.
Anak perempuan kami telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 3.06 kg yang telah disempurnakan oleh Obstetrician YBhg Dato Dr Siti Zaliha dan dibantu oleh Paediatrician Dr Sofiah di Subang Jaya Medical Centre.
Saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Dato Dr Siti Zaliha dan ahli pasukannya yang telah melaksanakan proses kelahiran tanpa sebarang komplikasi.
Semoga cucu pertama ini dan cucu-cucu yang bakal mendatang akan menjadi anak-anak yang solih dan solehah. Amin.
TRADISI LISAN (PANGLIMA HJ LAUT)
4 years ago
2 comments:
congratulation new atok and nenek!
:D
tahniah liau, jadi ninik juak ahirnyak...tahniah
Post a Comment