Saturday, November 28, 2009

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA (KKM) KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT (KKS)

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA KINI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT








Paadian Sabran Mamit semasa di Kuala Lumpur














Paadian Sabran Mamit (kiri) dan Abdul Samat Kasah semasa perjumpaan di Kuala Lumpur pada Sabtu, November 21, 2009








Pengasas Komuniti Kedayan Malaysia (KKM) telah sebulat suara bersetuju untuk menukar nama KKM ke Komuniti Kedayan Sejagat (KKS). Langkah ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan semangat “PAADIAN” dikalangan bangsa Kedayan yang majoritinya bermastautin sebagai penduduk asal kepulauan Borneo.

Kepulauan Borneo yang terdiri dari tiga buah negara berbeza tetapi rata-rata mempunyai bangsa dan budaya yang sama. Salah satu bangsa yang terdapat diketiga-tiga negara tersebut ialah bangsa Kedayan. Bangsa Kedayan terdapat di Malaysia (Sabah & Sarawak), Negara Brunei Darusalam dan Indonesia (Kalimantan). Oleh yang demikian pertukaran nama dari Komuniti Kedayan Malaysia ke Komuniti Kedayan Sejagat lebih menepati hasrat dan aspirsi komuniti siber Kedayan untuk berinteraksi dan berkomunikasi melampaui batas kewarganegaraan dan kenegaraan tetapi atas dasar semangat “PAADIAN”. Semangat “PAADIAN” yang kental dan tidak pernah terganggu gugat berkurun lamanya dikalangan bangsa Kedayan dan sewajarnya dipelihara dan dipupuk demi generasi mendatang.

Inisiatif ini merupakan julung-kalinya diketengahkan dalam bentuk dan format yang menepati perkembangan teknologi internet yang tidak syak lagi menjadi paksi dalam mencapai objektif pengwujudan Komuniti Kedayan Sejagat. Teknologi internet amat berkuasa dan mampu untuk mencipta jaringan bangsa Kedayan yang sebelum ini tidak terlintas difikiran kita. Sesiapa juga yang menyertai jaringan KKS akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari khususnya dari aspek bahasa. Selama ini kita mengambil pendirian mudah bahawa bangsa Kedayan mempunyai bahasa yang sama walaupun dimana mereka berada. Namun setelah menyertai jaringan KKS, persepsi tersebut agak meleset kerana terdapat perbezaan ungkapan kata-kata yang ketara diantara Kedayan Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam. Lebih menakjubkan terdapat beberapa nama benda yang begitu mudah dan senang difahami oleh Kedayan dari Sipitang tetapi tidak diketahui oleh Kedayan dari Limbang! Demikian juga halnya dengan beberapa ungkapan kata-kata yang selama ini digunakan oleh masyarakat Kedayan di Sarawak dan ungkapan kata-kata tersebut telah diterima pakai sebagai bahasa Kedayan walhal sebenarnya ialah perkataan dari Bahasa Brunei. Namun begitu setelah dijelaskan kepada mereka bahawa ungkapan kata-kata tersebut adalah Bahasa Brunei, mereka menerima dengan hati terbuka dan saya melihat penggunaan ungkapan kata-kata Kedayan asli telah mula digunakan secara meluas di dalam jaringan KKS.

Apabila anda berada di jaringan KKS, anda seolah-olah berhadapan dengan “paadian-paadian” dari tempat yang berbeza dan hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dapat berbual mesra diantara satu dengan lain. Inilah semangat “PAADIAN” bangsa Kedayan dan apabila ianya disokong oleh teknologi internet, terciptalah satu penyatuan yang kukuh melampaui batas negara dan kewarganegaraan!

Topik-topik yang dibincangkan didalam jaringan KKS adalah bebas dan tidak terbatas kepada perkara-perkara berkaitan bahasa dan budaya sahaja, asalkan ianya dibincang dengan cara yang berhemah dan tidak menyentuh sensitiviti kaum atau bangsa lain. Saya sendiri memerhatikan secara dekat dan berinteraksi dengan peserta jaringan KKS dan saya dapati tahap intelek dan kematangan mereka adalah amat tinggi. Rata-rata meraka berumur dibawah 30an dan berpendidikan tinggi. Malah terdapat beberapa peserta yang telah memiliki Ijazah Sarjana (Masters degree) dan terdapat juga yang sedang dan bakal mengikuti program Doktor Falsafah di IPTA tersohor negara kita. Inilah rupabentuk dan lanskap bangsa Kedayan yang bakal menerajui dan menghidup kembali warisan bangsa Kedayan.

Pengasas jaringan KKS amat mengharapkan penyertaan aktif bangsa Kedayan dari Kalimantan dan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu pihak kami di KKS menyeru kepada pelajar-pelajar Kedayan dan komuniti professional Kedayan dalam dan luar negara untuk menyertai jaringan ini atas nama Bangsa Kedayan dan semangat “PAADIAN” yang amat kita cintai ini.

SELAMAT MENYERTAI KOMUNITI KEDAYAN SEJAGAT.

Friday, November 13, 2009

STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/


Kepada anda yang berminat dengan sukan ekstrem (adrenaline rush) seperti water rafting, climbing, scuba diving, paintball dan sebagainya, sila lawat STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational di Facebook. Taip Stryder dalam "search" di Facebook dan klik STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational. Syarikat ini menawarkan pakej-pakej istimewa untuk yang berminat.

Aktiviti akan datang ialah Stryder Buddyz - Paintball Scenario @ Paintball Valley. Butir butir lanjut adalah seperti berikut: -

Host: STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational
Network: Global
Date: Saturday, December 5, 2009
Time: 11:00am - 2:00pm
Location: Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia
Street: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8
City/Town: Shah Alam, Malaysia

Butiran lanjut boleh di dapati di Facebook STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational.







Pengasas STRYDER BuddyZ Adventure Sports Recreational Muhammad Afzali bin Abd Samat (kiri) dan Syed Zahidi Al-Edros









Company Information

Taking into account the features of a strider, we at Stryder Enterprise offers and welcome anyone who requires a quick adrenalin rush through adventure sports and recreational. To stride above water, under water or some where in between.

Established as soon as we signed up with SSM on 26 November 2008, we have adamantly been proposing out to our friends, families and every other means of communication, to join us in our journey to healthy living and living life to the fullest.

We seek to understand and respect our client's ( Whom We Call Buddies ) unique abilities and the search for uniqueness or simply just to be one with nature.

Our Company has been meticulously built with adrenaline junkies who have got nothing better to do but to have FUN, responsibly! We are serious when it comes to having fun.

Website: Please click here.

Tuesday, November 10, 2009

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA DI FACEBOOK

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/









'Snap shot' muka hadapan Komuniti Kedayan Malaysia








Generasi muda Kedayan yang terdiri dari Sabran Mamit (creator), Julie Zuliana
(Perhubungan Lahad Datu), Salim Mamit (Perhubungan Subang, Selangor), Rosdi Kamis
(Perhubungan Kota Kinabalu), Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)
Aslina Juti (Perhubungan Terengganu), Maimon Semion (Perhubungan Seremban)telah merintis sistem interaksi social melalui Facebook yang bertajuk KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA (KKM). Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengwujudkan KKM dan saya dapati amat popular dikalangan komuniti Kedayan di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam.





Sabran Mamit (creator)











Julie Zuliana (Perhubungan Lahad Datu)
















Salim Mamit ( Perhubungan Subang, Selangor)











Rosdi Kamis (Perhubungan Kota Kinabalu)










Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)















Aslina Juti (Perhubungan Terengganu)












Maimon Semion (Perhubungan Seremban)






Kepada anak Kedayan, keturunan Kedayan dan sesiapa saja yang berminat untuk menyertai komuniti ini sila daftarkan diri sekarang. Bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Kedayan. Hidup Kedayan!

Untuk akses anda perlu ada akaun Facebook dan taip Kedayan didalam ruang "search" atau klik disini.

Sunday, November 8, 2009

BAHASA KEDAYAN AKAN PUPUS DALAM TAHUN 2100?

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

BAHASA KEDAYAN AKAN PUPUS DALAM TAHUN 2100?

BAHAGIAN 1

Benarkah Bahasa Kedayan akan pupus dalam tahun 2100? Berdasarkan kepada anggaran yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa diantara 3,400 hingga 6.120 bahasa akan pupus diambang tahun 2100, satu statistik yang lebih suram dari anggaran biasa ia itu lebih kurang satu “kematian” bahasa dalam tempoh dua minggu.

Kenyataan tersebut amat menggerunkan dimana berdasarkan kepada ciri-ciri Bahasa Kedayan pada masa kini, berkemungkinan besar bahasa tersebut akan tergolong didalam kelompok yang disebutkan diatas. Bagi sesetengah orang Kedayan, soal kepupusan bahasa ibunda bangsa Kedayan tidak perlu dirisaukan kerana tahun 2100 lama lagi dan sudah tentu kita yang hidup dialaf ini pastinya tidak akan menyaksikan kepupusan bahasa ibunda tercinta ini. Jangan tia diingau akan tu wang, batah lagi tahun 2100 atu. Oang patuhaan macam kita anie tantu inda sampai hidup sampai tahun 2100. Palis-palis kauja dangan.

Namun begitu saya yakin para aktivis bahasa dan bangsa Kedayan sama ada di Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam tentunya berasa gusar apabila bahasa ibunda yang dipertuturkan setiap hari di kampong-kampong Kedayan, di pasar-pasar Kedayan dan di kedai kopi Kedayan akan pupus dalam tempoh masa 90 tahun dari sekarang.

Saya cuba dengan sedaya upaya saya untuk merungkai permasalahan ini didalam artikal bertajuk BAHASA KEDAYAN AKAN PUPUS DALAM TAHUN 2100? yang akan saya bahagikan kepada tiga bahagian kesemuanya. Harapan saya ialah akan wujud kesedaran dikalangan anak bangsa Kedayan untuk membentuk strategi-strategi tertentu demi bahasa ibunda tercinta ini agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

Sebagai mukadimah, saya perturunkan sebuah artikal yang saya rasa berwibawa dipetik dari laman web Global Policy Forum bertajuk “Many World Languages on Brink of Extinction, U.N. Says.“ Artikal ini ditulis oleh Darlene Superville, Associated Press bertarikh Jun 19, 2001.

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya alihbahasa yang saya buat sendiri tidak menepati teks asal artikal berkenaan. Sekiranya terdapat alihbahasa yang kurang jelas, sila rujuk kepada teks asal yang urlnya saya sediakan. Selamat membaca.

“Many World Languages on Brink of Extinction, U.N. Says.“

Oleh Darlene Superville
Associated Press
June 19 , 2001
Alihbahasa : A.S. Kasah


Berumur 83 tahun, Marie Smith mempunyai ramai kawan. Malangnya semua sudah tiada lagi untuk dia berbual bicara didalam bahasa ibundanya. Dia adalah insan terakhir yang boleh bertutur Eyak, satu bahasa asli di Alaska dan dijangka akan pupus setelah Smith meninggal dunia.

“Bersendirian adalah amat menggerunkan,” dia memberitahu The Associated Press hari Isnin. “Saya mempunyai ramai kawan. Saya mempunyai ramai anak namun saya tidak mempunyai sesiapa untuk bertutur didalam bahasa Eyak”.

Eyak bukanlah satu-satunya bahasa yang mempunyai masa depan yang suram. Dikalangan 6,800 bahasa pertuturan dunia, separuh hingga 90% akan mengalami kepupusan pada akhir kurun ini, demikian ramalan pakar-pakar bahasa. Mengikut Worldwatch Institute, sebuah organisasi yang memantau trend global, salah satu sebab ialah separuh dari bahasa-bahasa tersebut hanya dikuasai atau dipertuturkan oleh kurang dari 2,500 orang setiap satu.

Bahasa memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 penutur untuk dapat bertahan dialaf ini, ujar UNESCO, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Peperangan dan penghapusan bangsa / ethik (genocide) atau pembunuhan kaum, bencana alam, penerimaan bahasa-bahasa dominan seperti Bahasa Cina dan Russia, dan pengharaman / larangan pihak pemerintah terhadap sesuatu bahasa juga menyumbang keatas kepupusan bahasa-bahasa tersebut. “Didalam hal ini ia hampir sama dengan ancaman yang melanda spesies,” ujar Payal Sampat, seorang penyelidik Worldwatch yang menulis tentang isu ini didalam majalah institut berkenaan bagi bulan May – Jun.

Udihe dan Arikapu, yang masing-masing ditutur di Siberia dan hutan belantara Amazon, adalah diantara bahasa-bahasa yang tergolong didalam bahaya. Dari lebih kurang 100 orang penutur Udihe dan Arikapu, kini telah berkurangan kepada enam penutur terakhir, ujar Worldwatch. Pakar-pakar bahasa juga telah mengesahkan bahawa Smith adalah penutur Eyak terakhir yang diketahui.

Adalah sesuatu yang amat menyusahkan untuk mendapatkan orang yang boleh mengucapkan “terima kasih” didalam bahasa Navajo dari kalangan suku-kaum American Indian (ahehee), “hello” didalam bahasa Maori (kia ora), atau “Me na vyn cows Sawsnak!” (I will not speak English!) didalam bahasa Cornish.

Riak dari kehilangan (sesuatu bahasa) tersebut memberi kesan merentasi batas komuniti yang terlibat. Apabila sesuatu bahasa pupus, pakar bahasa, ahli antropologi dan yang lain akan kehilangan sumber bahan yang kaya untuk bahan kajian mereka mendokumenkan sejarah bangsa, mengkaji apa yang mereka ketahui dan menjejaki pergerakan mereka. Secara umumnya dunia akan mengalami kekurangan kepelbagaian bahasa.

Pada bulan Januari, gempa bumi di barat India telah mengorbankan lebih kurang 30,000 penutur Kutchi, dan sekarang hanya tinggal 770,000. Manx, dari Isle of Man di Lautan Irish, telah lenyap pada tahun 1974 apabila penutur terakhirnya meninggal dunia. Dalam tahun 1992, meninggalnya seorang peladang Turkey adalah noktah bagi Ubykh, bahasa dari kawasan Caucasus yang memiliki konsonan terbanyak pernah direkodkan didalam sesuatu bahasa berjumlah 81 kesemuanya. Terdapat 8 buah negara yang menyumbang lebih dari separuh dari semua bahasa. Negara-negara berkenaan, mengikut susunan ialah Papua New Guinea, Indonesia, Nigeria, India, Mexico, Cameroon, Australia dan Barzil.

Kepupusan bahasa-bahasa tersebut bukannya perkara baharu; ribuan bahasa dikhuatiri telah pupus. “Perkara yang ketara ialah pada masa ini ianya berlaku dengan kadar yang amat membimbangkan,” ujar Megan Crowhurst, pengerusi ahli jawatkuasa Linguistic Society of America bagi bahasa-bahasa diambang kepupusan. Pakar-pakar bahasa percaya diantara 3,400 hingga 6.120 bahasa akan pupus diambang tahun 2100, satu statistic yang lebih suram dari anggaran biasa ia itu lebih kurang satu “kematian” bahasa dalam temph dua minggu.

Tetapi terdapat beberapa bahasa yang hidup semula dari kepupusan. Pada tahun 1983, penduduk Hawaii telah mengwujudkan ‘Aha Punana Leo bertujuan untuk memperkenalkan semula bahasa ibunda mereka di negeri tersebut, termasuk sekolah-sekolah umum. Bahasa Hawaii hampir-hampir pupus setelah Amerika Syarikat mengharamkan sekolah-sekolah mengajar bahasa berkenaan kepada pelajar-pekajar mereka setelah merampas negeri tersebut pada tahun 1898. ‘Aha Punana Leo, yang bermakna “sarang bahasa (language nest)” telah diperkenalkan semula di peringkat pra-sekolah dalam tahun 1984, diikuti dengan sekolah menengah yang berhasil melahirkan graduan-graduan perintis dalam Bahasa Hawaii dalam tahun 1999. Sekarang terdapat diantara 7,000 hingga 10,000 orang Hawaii boleh bertutur bahasa ibunda mereka berbanding dengan kurang dari 1,000 orang dalam tahun 1983, ujar Luahiwa Namahoe, jurucakap organisasi tersebut.

“Kami hanya mahu Bahasa Hawaii dikembalikan ditempat asalnya,” jelas Namahoe. “Kalau anda tidak boleh bertutur disini, dimana lagi?”

Ditempat-tempat lain, usaha sedang giat dilaksanakan untuk menghidupkan Cornish, bahasa penduduk Cornwall, England, yang dipercayai telah pupus disekitar tahun 1777, demikian juga halnya dengan bahasa-bahasa Mayan purba di Mexico.

Dalam tempoh satu abad kebelakangan ini, Hebrew berkembang dari bahasa tulisan ke bahasa lisan yang dituturkan oleh 5 juta orang penduduk Isreal. Inisiatif-inisiatif lain untuk menghidupkan Welsh, Navajo, Maori New Zealand dan bahasa-bahasa lain yang berasal dari Botswana.

Pemerintah boleh membantu dengan menghapuskan larangan terhadap sesuatu bahasa, dan kanak-kanak wajar diberi galakan untuk bertutur bahasa-bahasa lain sebagai tambahan kepada bahasa ibunda mereka, ujar Sampat dari Worldwatch, yang juga fasih berbahasa Perancis dan Sepanyol dan dibesarkan bertutur dalam bahasa-bahasa India seperti Hindi, Marathi, Gujarati dan Kutchi.

Bersambung.....

Sumber : Sila klik disini.

Thursday, October 8, 2009

ANAK KEDAYAN IN THE IRONMAN RACE

You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

ANAK KEDAYAN IN THE IRONMAN RACE












Fadhli (Lee) Khairon bin Abd Samat


The inaugural Ironman 70.3 Putrajaya triathlon race was held Sunday, October 4, 2009 at Putrajaya. The race consists of 1.8km swim, 90.1km cycle and 21.1km run. It is one of the toughest competition on earth where human strengths i.e physical and mental are put to test to the maximum.

The Inaugural Ironman 70.3 Putrajaya draws huge participants from all over the world and amongst them is a Kedayan, Fadhli Khairon bin Abd Samat, 24 from Malaysia.





Fadhli at the Finish Line - Ubo Robert Weitz, relay participant(2nd from left) #294 is a great motivator for Fadhli. Fadhli was in the verge of "mental breakdown" towards the end of the race until the kind lady came to the rescue, giving him the motivation to finish the race. According to Fadhli, his physical agility was superb but his mental ability was letting him down. The biggest blunder in any sport is the mental ability to sustain performance. Thank you very much Ms Ubo Robert Weitz for your kindness.










Ms Ubo Robert Weitz and his family are seen escorting Fadhli to the Finish Line. Great lady!








This is Fadhli's first participation in the Ironman triathlon, although he had participated in numerous Malaysian cycling circuits in the past three years. According to Fadhli, "It is the true test of endurance and only those who are physically and mentally prepared would finish the race."







The Swim (1.8 KM)

















The cycle (90.1 KM)




















The Run (21.1 KM)












The total distance for swim, cycle and run is 113 kilometres. I was a long distance runner (10,000 metres) during my school days but not 113 kilometres!






































I have the honour to share with the readers some of the images in and around the inaugural Ironman 70.3 Putrajaya triathlon race. Enjoy them.















Lake and Pullman Hotel (right) at dawn















Fadhli before the race

















Elicia bt Abdullah (left) and Fadhli















Waiting to be numbered















Numbering in progress















From left - Fadhli, Esmenn and Elicia















From left - Elicia, Chow, Fadhli and Esmenn, parading numbers















Warming-up





















From left - Elicia, Fadhli and Esmenn





















From left - Esmenn, Fadhli and Elicia















Fadhli, Esmenn and other participants















Fadhli and the other participants
















Participants















Spectators (Toasts for breakfast)

















Water Boys / Girls








Elicia Abdullah nearing the finish line.










You're also welcome to visit my other blogs http://itsurday.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MINAL AIDZIN WAL FAIDZIN

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa. MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA. EID MUBARAK.












Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Sila klik "PLAY" untuk mendengar lagu. Auto play is diabled.

Thursday, September 10, 2009

Latar belakang Sejarah Kaum Kedayan di Sabah

Artikal berkenaan boleh didapati sekarang. Sila klik disini untuk mendapatkannya. - Blog Administrator

Saturday, September 5, 2009

LATARBELAKANG SEJARAH KAUM KEDAYAN DI SABAH

Saya amat teruja membaca artikal yang saya perolehi dari http://www.slideshare.net/nautica08/kedayan#postComment bertajuk Latarbelakang Sejarah Kaum Kedayan di Sabah yang saya sendiri tidak pasti penulis asal artikal berkenaan (Izyan Bakar???). Saya juga amat sukacita sekiranya penulis asal artikal ini dapat menghubungi saya secara peribadi (email) atau melalui ruang komen tersedia kerana saya mempunyai banyak artikal-artikal / dokumen-dokumen dari sahabat-sahabat sebangsa di Negara Brunei D.S. berkaitan sejarah Kedayan. Artikal / dokumen berkenaan tidak dapat saya "proses" disebabkan saya tidak mempunyai kepakaran dibidang berkenaan. Saya boleh dihubungi melalui email askasah@gmail.com.

Pada hemat saya inilah satu-satunya artikal yang berasaskan kajian ilmiah berkaitan sukukaum Kedayan di Sabah yang pernah saya ketahui. Mungkin ada lagi tulisan / karya / tesis yang seumpamanya yang masih belum diketengahkan untuk bacaan / tatapan umum, namun demikian sehingga perkara itu berlaku saya secara peribadi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penulis artikal ini yang telah berjaya menghasilkan sebuah kajian yang terperinci berkaitan sejarah kaum Kedayan di Sabah.

Saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada izyan bakar yang bermurah hati menyediakan html code bagi kemudahan embed artikal berkenaan.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai artikal ini, saya terlebih dahulu ingin memberi peluang kepada pembaca / pelawat setia blog ini meneliti semua fakta yang terdapat di dalam artikal berkenaan sepertimana yang dipaparkan dibawah ini. Sila hantar komen-komen anda (jika ada)untuk tatapan bersama. - Blog Administrator


MAKLUMAN - [This document has been removed and is no longer available.] Demikian bunyi mesej apabila anda klik URL di atas. Begitupun, saya akan usahakan agar dokumen tersebut dapat kembali ke blog ini dalam kadar yang segera. Harap maaf. - Blog Administrator

Wednesday, September 2, 2009

Lets Read The Quran










Surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud, Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan. 3:19
(berselisih kerana angkuh; tidak percaya kepada ayat-ayat Allah)

Surah Ali-Imran ayat 85 yang bermaksud, Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi. 3:85

Saturday, August 29, 2009

ANUGERAH ILAHI TERISTIMEWA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 128 yang bermaksud, Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 2:128

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Apabila seorang anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka akan terputuslah pahala segala amalannya melainkan pahala tiga amalan salih, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakan orang tuanya. (Hadis riwayat Muslim)








Gambar ini diambil diluar cermin tingkap bilik bayi. Pantulan cahaya menyebabkan warna tidak sekata dibahagian kepala bayi.



















Tag bayi















Dua orang "atuk" yang amat teruja.

















YBhg Dato Dr Siti Zaliha, Obstetrician in attendance



















"Tuha tahku asanya sudah bacucu anie. Andangnya sudah tuha bah jua uja dangan, nganya batah bahawu tah bacucu. Tapi jaan jua, hati kakal muda jamu"












ANUGERAH ILAHI TERISTIMEWA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Pagi ini 29 Ogos, 2009 bersamaan 8 Ramadan 1430H jam 03:48 HRS di Subang Jaya Medical Centre lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.06 kg yang masih belum dinamakan semasa blog ini dikemaskini. Kepada anda yang sudah berpengalaman menerima cucu pertama, saya faham perasaan masing-masing pada saat itu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Inilah yang terjadi kepada saya dan isteri serta kedua-dua bisan kami yang masing-masing menanti kelahiran cucu pertama kami.

Anak perempuan kami telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 3.06 kg yang telah disempurnakan oleh Obstetrician YBhg Dato Dr Siti Zaliha dan dibantu oleh Paediatrician Dr Sofiah di Subang Jaya Medical Centre.

Saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Dato Dr Siti Zaliha dan ahli pasukannya yang telah melaksanakan proses kelahiran tanpa sebarang komplikasi.

Semoga cucu pertama ini dan cucu-cucu yang bakal mendatang akan menjadi anak-anak yang solih dan solehah. Amin.

Friday, August 28, 2009

Sebuah Puisi Indah Nukilan Sdra Hipani Alwi




Sdra Hipani Alwi
Jurutera Awam
Jabatan Kerja Raya, Mukah.






SEBUAH KAMPUNG, SEJUTA HARAPAN : Kedayan Tiris

Katanya ada sungai yang kontang
langit cerah membelah bumi
ada padi menghempas diri
katanya ada huma penuh sengsara
ada petani tidak kesampaian.

Katanya ada suara kecil terpencil
terjerat antara pohon-pohon
katanya ada janji dikaji
ada suara pada ranting-ranting
ada dendangan angin sembilu
katanya ada serigala memecah sunyi.

Kampung Kedayan Tiris
sebuah kampung sejuta harapan
terpencil di hutan belantara
dihimpit gunung sebelah utara
nafasnya tersekat ditinggal pembangunan
ada janji tinggal kenangan.

Katanya ada bukit yang bangkit
hujan malan membanjiri lurah
ada panggilan memecah sunyi
katanya ada impian penuh harapan
ada mimpi di embun pagi.

Kampung Kedayan Tiris
sebuah kampung kehausan belaian
cuma sungai nadi penggerak
gunung Serawi megah menanti
deru jentolak menolak balak
hasil bumi hanya igauaan
pribumi tersendat kaku dan lesu.

Hipani Alwi
Miri
3.6.1992

Sumber : Sila klik disini.

Wednesday, August 26, 2009

TAKBIR HARI RAYA

Hari Raya Aidil Fitri
Sunat bertakbir 1 hari - bermula waktu Maghrib malam 1 Syawal, 'Isyak, Subuh, Dzuhur & 'Asar.
Tamat sebaik masuk maghrib 2 Syawal.

Hari Raya Aidil Adha - Haji - Korban
Sunat bertakbir 4 hari - bermula maghrib 10 Dzulhijjah (malam raya) sehingga hujung asar 13 Dzulhijjah.


Firman Allah: "Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (AlBaqarah : 185)

Sabda Rasullullah s.a.w. pula: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."

Lafaz Takbir Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha




Lafaz Takbir Raya

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Assalamu'alaikum wbt, Saudara Muslimin & Muslimat. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sila muat turun / save ke pc atau notebook anda untuk rujukan dimasa hadapan. Selamat beramal.

Muaturun disini ATAU

Sila klik disini, ATAU

Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih_%5BJAKIM%5D
Panduan_Sembahyang...
Hosted by eSnips


Sumber : Sila klik disini.

Tuesday, August 18, 2009

Discover the Very Unique Brunei's Kedayan Music

The Kedayan are an ethnic group living in Brunei, and in some parts of Labuan, Sabah and Sarawak among the islands of Borneo. Kedayans have a unique heritage and their culture is as uniquely important to Brunei as its language and music.

Kedayan music is indigenous to the Brunei Malays and is performed by its people especially during special occasions. The music is accompanied by different instruments such as percussions, drums, gongs, and stringed instruments of different forms. The music also goes with ethnic dancers wearing the traditional warrior’s attire.

Kedayan music is both relaxing and fun at the same time. As it is passed from generation to generation, Kedayan music evolved into a more modern and aesthetic music to accommodate the taste of younger generation. Although time has seen its subtle change, it still maintains its original ethnic and traditional melody. Travelers visiting Brunei often come to see the Kedayans and experience their one-of-a-kind music ensembles. This has become one of the mainstream attractions of a visit to Brunei.

The Aduk-aduk dance is performed during special occasions such as weddings, harvest seasons, and other public holidays. It is an entertaining dance to watch, with the colorful attires and the lively music activities. There are dances where the women are grouped together dancing with the men but have a different dance routine altogether. The steps are very easy to follow and most often, tourists and visitors enjoy the rhythm so much that they tend to dance along.
The Kedayan music is indeed a very captivating music to listen to. With the dance and the music, it’s really a captivating event to see in Brunei. Get to feel the Brunei experience when you hear the Bruneian’s Kedayan music. It is more like an interpretative dance, where the natives can express their minds and beliefs through dance and music.

Although Kedayans are known to be a closely-knit community, travelers are always welcome to visit their town where they can learn and discover the life and culture of the Kedayan people by listening and witnessing their own native music. The dance routines and music activities are usually being held at the town’s public parks where it is truly open for the public to see.
The Kedayans are really proud of their music which fascinated the interest of many travelers from around the world. Kedayan music is still being performed in the Kedayan community these days, and a trip here to get the chance on hearing their music would definitely complete a Brunei journey.

Source : Please click here.

Sunday, August 16, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih - 2:185

Wednesday, August 5, 2009

Gambar-gambar Peribadi Pemilik Blog di GATA 2009

Imej-imej berikut adalah gambar foto pemilik blog bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang juga sebahagian dari tenaga penggerak disebalik kejayaan Festival GATA 2009.

Sila klik imej-imej tersebut untuk gambar foto yang lebih besar.









Pemilik blog bersama dengan Sdra Sabri bin Hj Mohd Noh, Pegawai Eksekutif, Sipitang District Council Merangkap AJK Pelaksana Gata Sipitang 2009.













Pemilik blog (tiga dari kiri) bersama dengan Sdra Zulkiflee bin Hj Ahmad (kiri sekali), Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang, Merangkap Penolong Setiausaha AJK Induk dan Setiausaha AJK Pelaksana Gata Sipitang 2009 dan Sdra Maidun bin Hj. Sisak (kanan sekali), Pengacara Gata Sipitang 2009 yang juga merupakan pengacara tersohor di Daerah Sipitang.












Pemilik blog (kiri) bersama dengan Sdra Maidun bin Hj. Sisak